RESEPI: SALTED EGG BUTTER PRAWN PASTA


Salted Egg Butter Prawn Pasta

Hari ini sampai di Ipoh pukul 6 pagi. Sesampai dirumah mertua, MIL kata nak makan Salted egg butter prawn pasta. So kita godek-godek dan dapat resepinya. Mudah dah yang pasti sedap. Tak sangka western boleh ngam dengan citarasa chinese.
Meh Liez share resepinya

Bahan-bahan:
1 pek sebarang pasta (direbus dan toskan)
3 biji kuning telur masin (dihancurkan)
3 ulas bawang putih (dicincang)
200gm udang
5 sudu butter
1/2 cawan krim masakan
1/2 cawan air rebusan pasta
2 biji cili api dipotong halus
Segenggam daun basil
Sedikit gula
Serbuk lada hitam

Cara membuatnya:
1. Panaskan kuali dan cairkan butter.
2. Masukkan bawang putih dan tumis hingga hampir kuning. Masukan kuning telur masin tadi.
3. Goreng hingga garing. Taburkan sedikit gula dan cili api tadi.
4. Masukkan udang dan biarkan hingga masak. Tuangkan krim dan air rebusan pasta tadi.
5. Bila.agak pekat, masukkan pasta dan gaul hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan daun basil dan tabur lada hitam.Sedia untuk dihidangkan.

Nota: Boleh juga menggunakan putih telur masin untuk resepi ini. Jangan membazir tau


Post a Comment

3 Comments