Konsert Wings Opera Hidup

Wehoooo... Actually my Dearie dh booked the tickets sebulan lebih dah kot. Biasa la orang jiwa rock kapak cangkul nie mmg over excited bila dengar Wings nak buat show dekat Istana Budaya. So after booked sebulan lebih awal later dia pun pegi la collect the ticket @ Istana Budaya.Then di api api pulak Along and Qiqi ajak tengok skali. So diaorg pun confirm nak join..Lagi havoc la nanti.


 SO JOM LA SERBU RAMAI- RAMAI KE KONSERT ORKESTRA WINGS OPERA HIDUP APRIL NI !!!!


KONSERT WINGS OPERA HIDUP  

Sipnosis

Wings telah banyak mengharungi “Opera Hidup” sebagai kumpulan rock
 tanah air selama 25 tahun didalam memperjuangkan muzik rock bersama-sama
 peminat yang mereka kumpul hingga kini.

Sayap Wings tetap teguh terbang bersama Awie, Joe, Eddie dan Black

 merantau serta menerokai muzik rock dengan lebih rakus dan berani 
demi mencari sesuatu pembaharuan di dalam Opera muzik mereka
 agar tetap hidup di dalam jiwa dan ingatan peminat-peminatnya.

27 album dari Belenggu Irama hingga Double Trouble Live, pelbagai rentak

 dan melodi rock dihadiahkan Wings kepada peminat setia mereka.
Dari pentas fun-fair hingga ke pentas konsert selama 25 tahun mereka 
memberikan persembahan yang panas lagi bertenaga. Kini di Panggung Sari, 
Istana Budaya bakal tercipta sejarah di dalam Opera Hidup Wings dan 
peminat setia mereka – KONSERT WINGS OPERA HIDUP bersama 
Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK). 




Tiket:  
RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245, 
RM305 & RM450 (Ekslusif bersama Wings)
  
Tempahan / Maklumat Lanjut:
Box Office,
Istana Budaya,
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur.
Tel : 03-40265558

Tempahan / Pembelian Online: www.ticket2u.biz
Hotline : 03-41498600

Laman Web Rasmi; www.sayap2wings.com


Post a Comment

0 Comments