Alhamdulillah...sudah 2 tahun bersama

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana masih menyatukan kami..

Sungguh indah kehidupan kami selepas bergelar suami isteri. Pelbagai suka dan duka sudah ditempuh. Gurau senda gelak tawa marah sayang benci rindu semua di lalui..

Dikurniakan suami yang sangat memahami dan penyayang. Dibimbing dengan penuh kasih sayang...

Ku memohon padaMU ya ALLAH, Kau ampunilah dosaku dan suamiku,keluarga kami, KAU tunjukkan la kami jalanMU, mengingati segala ajaranMU, menurut perintahMU dan sentiasa berusaha menuju ke arah kebaikan..

KAU berkatilah hidup kami, pekerjaan kami, makan minum kami, perbuatan kami dan perbuatan kami.

KAU rahmatilah hidup dan permudah dan permurahkan rezeki kami. Kurniakan kami zuriat Nabi Adam yang soleh dan solehah untuk menyinari hidup kami.

I LOVE YOU FEY QAUZ

Post a Comment

0 Comments