Fey Qaseh Nausheen

Assalamualaikum...
Syukur kami diatas kelahiran puteri sulung kami pada 5hb september 2013 hari tue...maaf sbb lewat tulis entri ini...Alhamdulillah wife aku telah selamat melahirkan anak pertama kami...

Fey Qaseh Nausheen Binti Fey Qauz
nama puteri sulong kami...pejam celik pejam celik dah nak masuk 3bulan usia qaseh...macam-macam gelagat yang melucukan dan mencuit hati kami yang qaseh buat...daripada suara halusnyer menjerit-jerit meragam nak menyusu sampailaa menjerit-jerit sakit perut kerana berangin laa kami hadapi dengan senyuman....yer ker hehehehe....tapi suara itu laa yang paling kami rindu selain mendengar suara dari keluarga kami...family kami laa yang penting dalam kehidupan kami...

...Qaseh dan Osheen...
nama panggilannyer...qaseh panggilan dari kami dan keluarga dari isteriku manakala osheen pula panggilan manja dari keluargaku...ayah chor yakni abangku yang sulong yang sungguh xcited melihat perkembangan osheen bersama chu nyer ( adik perempuanku )...bila whatsapp jer sure mintak pic osheen yang terbaru...panggilan terbaru yang ayah chor beri ialah OB-Osheen Bulat...hehehehe...ayah chor nie lawaklaa...mana taknyer dapat panggilan OB tue...mmg osheen membesar bagai johan...alhamdulillah...syukur kami...osheen sihat walafiat...chu nyer plak dengan gelagat yang tersendiri...masih takut nak pegang osheen sbb kecik lagikan...hehehehe practice make perfect kan chu...

...Atuk-Nenek-Atuk-Opah...
atuk dan nenek panggilan side isteri ku manakala atuk dan opah panggilan side aku...atuk dan nenek laa yang banyak menjaga qaseh semasa isteriku dalam pantang...yerlaa atuk n nenek tinggal kat antara gapi...so bila nak mintak tolong ker wife aku dan aku selalu mintak tolong kat atuk dan nenek...yerlaa atuk dan opah plak tinggal berjauhan...so call sahajalaa pengubat rindu...nyaris opah boleh buat n terima video call...hilang rasa rindu kat cucunyer itu...ayah chor n chu pun tumpang sekaki laa hehehhe...

...Baba Dan Mama...
kehadiran Qaseh Nausheen kedalam kehidupan kami sedikit sebanyak telah mengubah rutin kami seharian...daripada terjaga tengah malam sampailaa tak cukup tidur dan lewat ke tempat kerja kami hadapi dengan rasa bersyukur kerana inilah kehidupan kami selepas qaseh nausheen hadir dalam kehidupan kami...tak pernah rasa mengeluh pun malah kami bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi baba dan mama kepada qaseh nausheen...inilah anugerah dariNYA yang kami akan jaga sebaik mungkin...
Ya ALLAH..aku memohon kepadaMU agar bimbinglah kami dalam mendidik anak-anak kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...sesungguhnya hanya padaMU kami berdoa agar kami tidak tergelincir daripada landasan yang telah ENGKAU redhai dalam mendidik anak-anak kami...sesungguhnya kami bersyukur dengan anugerah yang telah ENGKAU wasiatkan kepada kami...

...Harapan Kami Semua...
baba dan mama berdoa agar qaseh menjadi anak yang solehah...menjadi anak yang berguna untuk agama bangsa dan negara (yang baik jer tau)...jadilah kakak yang penuh kasih sayang dalam menjaga adik-adik qaseh nanti...(insya allah)...menjadi cucu yang baik dan mendengar kata kepada atuk-opah dan atuk-nenek...menjadi anak buah yang ceria kepada pakcik-2 dan makcik2...menjadi seorang yang menghormati orang yang lebih tua...tidak menyakiti orang lain...dapat berfikir yang mana baik dan yang mana tidak baik...
KAMI SAYANG QASEH OSHEEN 

Post a Comment

0 Comments