BERJAYA WEAN OFF KAKAK UNTUK HARI PERTAMA

Malam tadi tetiba tergerak nak cuba pulak letak lemon.
Selepas letak nescafe pun di main bedal hisap kan..

So semalam berjaya la. Dia kata acham..
Tapi masa duk tengok tv, dia datang kata nak susu..
Bila Liez kata masam, dia kata nak tengok je..
Memang dia tengok je..
Kejap-kejap dia datang kat Liez dan selak baju siap cakap tengok aje..
 
Alahaiiii... sayunya hati nie..
Memang sedih.. Bila dia teringat nak susu, dia datang la..
Bila kata masam, dia kata tengok je..
 
Malam nak tido pun macam tue..
Dia baring satu bantal dengan Liez. Pastu cakap nak tengok je..
Ya Allah.. memang menangis bila dengar dia cakap macam tue..
Memang semalam dia tido rapat siap letakkan tangan Liez dekat badan dia..
 
Dia tak boleh tido sebab tak pekena "ganja" dia tue..
Dia siap tegur baba dia yang tengah tengok hp dalam gelap tue..
Baba tido !! Jangan main hp , katanya..
 
Liez saja pejam mata.. dia duk la sapu-sapu muka Liez la..
Kiss pipi la.. Ya Allah memang sayu..
Dia duk mintak nak susu, bila kata masam dia senyap je..
Dia duk nyanyi lagu satu2 saya sayang mama..
Berulang kali.. Maybe dia cuba nak lupakan ketagihan tue..
 
Dalam 15 min, baru dia senyap tido.. 
Tengah malam memang dia akan mintak susu, bila Liez kata masam dia senyap 
dan letak muka dia kat badan Liez..
 
Dia ememang lasak tido.. Tapi malam tadi muka dia rapat je kat badan Liez..
 
Sorry ye sayang mama, mama terpaksa wean off kan Qaseh..
Nanti ada adik, berebut pulak nanti..
 
P/S: Bila teringat balik kejadian tue, memang mata mesti berair..
HUHUHUHU
 

Post a Comment

0 Comments