RESEPI: SUP MEE SUA DENGAN KUAH CILI TAUCU


Sup Mee Sua dengan Cili Taucu

Assalamualaikum semua. Agak lama Liez menyepi sejak diserang demam panjang sehari sebelum puasa. Makan pun tak selera. Tapi kalau Sup Mee Sua dengan kuah cili taucu ni memang susah nak tolak. Bertambah makan lagi ada lah..hihihi

Bahan - Bahan: Minyak bawang putih
6 -7 ulas bawang putih yang dicincang
Minyak masak
(goreng bawang putih hingga garing bukan hangit ye. Simpan minyak bersama dengan bawang putih untuk dituang sedikit didalam sup mee sua)

Bahan - Bahan: Cili Tauchu
1 paket tauchu biji
cili api dipotong kecil
Sesudu cuka
Garam dan gula secukup rasa


Cili Tauchu

Bahan - Bahan: Sup Mee Sua
Sedikit minyak bawang putih
Sepaket Mee Sua
Udang atau ikan bilis
Fish ball atau fish cake
Sayur sawi
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara memasaknya:
1. Goreng terlebih dulu bawang putih tadi dengan minyak. 
    Simpan dalam bekas
2. Ambil sedikit minyak bawang tadi dan tumis udang atau ikan bilis 
    hingga masak.
3. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih dan masukkan fish ball 
   atau fish cake.
2. Biar mendidih dan masukkan sawi dan garam. Akhir sekali cuci sedikit
   mee sua dan masukkan dalam sup tadi. Biar kembang dan siap 
   untuk dihidangkan.
4. Untuk cili tauchu, campurkan semua bahan utk cili tauchu dan perasankan    dengan garam dan gula.
5. Siap dihidankan panas-panas




Post a Comment

5 Comments

  1. Pergh macam - macam idea berbuka..
    Btw lama tak dengar ayat mee sua nih

    ReplyDelete
  2. boleh try resepi ni nanti

    - www.maisarahsidi.com -

    ReplyDelete
  3. mee sua... lama nyer x makan mee sua, liez.
    sedap nyer.
    taucu tu biasa aida masak goreng dgn ikan aje.

    ReplyDelete